BERITA TERKINI   Pihak berkuasa harus mengutamakan dialog berbanding penahanan dan menyelesaikan pertikaian melalui Majlis Media Malaysia untuk menambah baik perundangan kewartawanan -Teo Nie Ching | Forum Media HAWANA penting, memberi ruang untuk mencorakkan masa depan kewartawanan - Teo Nie Ching | Tabung Kasih@HAWANA beri manfaat kepada 728 pengamal media, jumlah sumbangan sebanyak RM1.94 juta setakat 30 April 2026 - Teo Nie Ching | Cabaran dalam industri media hari ini memerlukan respons bersama melalui dialog, perkongsian dan komitmen kolektif - KPE Bernama | Kewartawanan terus memainkan peranan penting menyampaikan maklumat, menjelaskan isu dan memastikan institusi bertanggungjawab di tengah-tengah perubahan landskap media - KPE Bernama | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Pasaran Meningkat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis berikutan sentimen pasaran yang meningkat.

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata sentimen pasaran dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai pengeluaran di pasaran tempatan dan harga minyak kacang soya yang lebih tinggi.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,250 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,450 setiap tan,” katanya kepada Bernama.

Sependapat dengan Ng, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpusat di Mumbai, Anilkumar

Bagani berkata kenaikan harga minyak soya disebabkan oleh pemulihan harga tenaga.

"Pemacu sebenar pada masa ini iaitu pembelian pada harga rendah dalam minyak sawit, tetapi kekurangan pembelian destinasi baharu mengehadkan kenaikan harga.

"Sebahagian besar data pengeluaran dan eksport sudah pun diambil kira dan pasaran kini sedang menunggu petunjuk baharu," katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 meningkat RM104 kepada RM4,692 setiap tan, Mei 2025 naik RM62 kepada RM4,451 setiap tan dan Jun 2025 menambah RM53 kepada RM4,312 setiap tan.

Julai 2025 melonjak RM42 kepada RM4,207 setiap tan, Ogos 2025 bertambah RM37 kepada RM4,138 setiap tan dan September 2025 berkembang RM41 kepada RM4,102 setiap tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 90,089 lot berbanding 70,956 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 256,266 kontrak berbanding 255,190 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan menokok RM60 kepada RM4,760 setiap tan.

-- BERNAMA