BERITA TERKINI   Liga Super: Selangor 5-2 Terengganu | Liga Super: KL City 3-1 PDRM | Kerajaan cadang gubal Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 - PM Anwar | Kerajaan MADANI cipta sejarah menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang mengandungi penanda aras berkaitan pengurusan fiskal - PM Anwar | Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 bukan sahaja untuk memperkukuh ekonomi, tetapi bagi menangani kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama - PM Anwar | 

Pendaftaran Media Untuk Mesyuarat Menteri Kewangan, Gabenor Bank Pusat ASEAN Kini Dibuka

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pendaftaran Media untuk Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) serta mesyuarat berkaitan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kini dibuka sekarang.

Sehubungan itu, wakil-wakil media dijemput untuk mendaftar bagi mendapatkan akreditasi secara dalam talian dari 17 Mac hingga 4 April, 2025 untuk membuat liputan acara berkenaan.

Wakil media boleh mendaftar di https://aseanfinance2025.mof.gov.my/.

Baru-baru ini, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar berkata bank pusat itu akan bekerjasama dengan rakan sejawatnya di ASEAN untuk menggalakkan perniagaan menggunakan mata wang tempatan dalam memudahkan perdagangan di rantau berkenaan.

"Fokus bank pusat di peringkat negara sebagai Pengerusi ASEAN-Malaysia tahun ini adalah untuk melihat bagaimana rantau ini boleh bersatu bagi memperkukuh lagi aliran perdagangan dan pelaburan antara rantau.

"Kami sedang melihat untuk membina sistem kewangan yang lebih inklusif yang akan memberi manfaat kepada rakyat di rantau ini. Kami juga sedang melihat bagaimana sektor kewangan boleh bekerjasama untuk membantu membiayai beberapa projek mampan utama di rantau ini," katanya.

Menurut Marzunisham, akan ada beberapa siri perbincangan panel mengenai inovasi sektor kewangan dan bagaimana ia dapat membantu mempercepatkan lagi aliran perdagangan dan pelaburan dalam rantau ASEAN.

"Kita telah menyaksikan banyak kemajuan yang dicapai, contohnya, dari segi pembayaran QR, ketersambungan pembayaran yang menggalakkan pelancongan, dan kami juga melihat banyak usaha yang dilakukan untuk menggalakkan penyelesaian perdagangan menggunakan mata wang tempatan dengan Indonesia dan Thailand," katanya.

-- BERNAMA