BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | PM Anwar mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang disegerakan | Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | 

ABM Saran Pemilik Terjejas Susulan Kebakaran Di Putra Heights Hubungi Bank Mereka

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan anggotanya melahirkan keprihatinan yang mendalam kepada mereka yang terjejas dengan kebakaran saluran gas di Putra Heights hari ini.

“Kami faham bahawa bencana ini telah menyebabkan kesusahan dan gangguan terhadap kehidupan seharian mereka dan kami ingin memastikan mereka yang terjejas bahawa kami komited untuk memberi sokongan dalam saat-saat yang mencabar ini,” kata ABM melalui satu kenyataan.

Persatuan itu menyarankan mereka yang terjejas yang mempunyai pinjaman dengan bank untuk menghubungi bank masing -masing bagi membincangkan sokongan yang ada melalui laman web rasmi atau talian perkhidmatan pelanggan bank mereka.

Bank yang menjadi anggota ABM bersedia membantu berdasarkan keadaan individu terbabit. 

“ABM bersama dengan komuniti yang terjejas dan komited untuk bekerja dengan anggota kami bagi menyokong mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi ABMConnect pada 1300-88-9980 atau e-mel  abmconnect@abm.org.my.

 

-- BERNAMA