BERITA TERKINI   RUU Perolehan Kerajaan tidak sama sekali menambah kuasa, sebaliknya mengehadkan kuasa Menteri Kewangan dengan memperkenalkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh - Amir Hamzah | 98.8 peratus daripada sasaran 500,000 pembinaan rumah mampu milik dicapai dalam RMK12 - PM Anwar | RUU Pembaharuan Semula Bandar perlu dilaksanakan bagi bina kediaman lebih selesa untuk rakyat - PM Anwar | Kerajaan beri tumpuan kepada projek keutamaan seperti NSS dan JS-SEZ tanpa meminggirkan pembangunan di negeri lain dalam Kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 - PM Anwar | Kerajaan pastikan agihan adil kepada negeri untuk pembangunan dan kesalinghubungan digital - PM Anwar | 

Allianz Life Perkenal Penyelesaian Insurans Allianz Elitechoice Untuk PKS

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) telah memperkenalkan Allianz EliteChoice, sebuah pelan insurans kompetitif dan komprehensif yang direka untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam satu kenyataan hari ini, Allianz Life berkata pelan insurans itu direka bagi menyediakan perlindungan kompetitif kepada kumpulan pekerja antara tiga hingga 350 orang dan menawarkan fleksibiliti untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan moden.

"Ini termasuklan perlindungan hayat dan kesihatan yang meluas, bagi memastikan PKS dapat menyediakan pekerja mereka dengan perlindungan kewangan dan penjagaan kesihatan yang penting.

"Allianz EliteChoice merupakan penyelesaian berpandangan ke hadapan yang mencerminkan dedikasi kami untuk membantu perniagaan kekal berdaya saing sambil menyediakan pekerja mereka dengan perlindungan yang terbaik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Charles Ong.

Ong berkata produk itu menawarkan rangkaian manfaat yang komprehensif pada harga yang berpatutan, memastikan kedua-dua pihak majikan dan pekerja dapat menikmati ketenangan fikiran.

Allianz EliteChoice menggabungkan tawaran insurans kesihatan dan hayat terkini, termasuk beberapa ciri peneraju pasaran yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan yang pelbagai dan harapan pekerja.

Ciri-ciri baharu ini direka pada masa lebih ramai majikan mencari manfaat pekerja yang dipertingkatkan, terutamanya dalam bidang penjagaan kesihatan, kesihatan mental dan diagnostik lanjutan.

Ciri-ciri dan faedah utama Allianz EliteChoice termasuk Hospitalisasi dan Pembedahan Kumpulan (GHS), Klinik Pesakit Luar Kumpulan (Rider Pilihan ke GHS), Pergigian Kumpulan (Rider Pilihan ke GHS) dan Hayat Berkumpulan.

Untuk maklumat lanjut tentang Allianz EliteChoice, lawati Allianz EliteChoice atau hubungi ejen sah Allianz Life hari ini.

-- BERNAMA