BERITA TERKINI   Speaker Rus'sele Eizan tarik balik notis pemakluman keperluan PRK bagi tiga kerusi DUN Perlis | Kerajaan Negeri Perlis isytihar esok sebagai cuti peristiwa - Menteri Besar | Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Mohamed Khaled | 

CBP Tawar Bantuan Kepada Pelanggan Terjejas Kebakaran Paip Gas Putra Heights

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Co-opbank Pertama (CBP) komited memberi sokongan dan bantuan kepada pelanggan terjejas dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada Selasa lepas. 

Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata pihaknya sentiasa membantu pelanggan terjejas dalam sebarang bencana dengan menawarkan bantuan bersesuaian keperluan mereka.

"Pelanggan terjejas dalam insiden kebakaran itu dan memerlukan bantuan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1- 300-88-7650 atau emel info@cbp.com.my," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Selain itu, Khairil Anuar berkata CBP menzahirkan simpati kepada mangsa terlibat insiden itu semasa masyarakat masih meraikan Aidilfitri.

Kebakaran melibatkan saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 8.10 pagi Selasa lepas, secara keseluruhannya melibatkan 1,254 orang daripada 308 keluarga. 

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.

-- BERNAMA