BERITA TERKINI   Kadar pengangguran Malaysia bagi November 2025 mencatat penurunan kepada 2.9 peratus, iaitu tahap terendah dalam 11 tahun – DOSM | Kurikulum Persekolahan baharu dilaksana secara berperingkat, tekankan pendidikan manusiawi dan integrasi teknologi digital - Fadhlina | KPM aktifkan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji semula keperluan PT3, UPSR - Fadhlina | Bernama perlu pimpin transformasi media, kekal jadi rujukan utama rakyat - KPE Bernama | JKDM gagalkan 7,097 cubaan penyeludupan, penyelewengan duti dan cukai dengan sitaan cecah RM1.88 bilion pada 2025 - KP Kastam | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah berikutan penjualan besar-besaran komoditi secara global turut menjejaskan pasaran minyak sawit, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata harga minyak mentah dan minyak soya yang rendah turut menekan sentimen pasaran secara negatif.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,200 dan paras rintangan pada RM4,500 satu tan,” kata Ng  kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 susut RM109 kepada RM4,702 setiap tan, Mei 2024 turun RM143 kepada RM4,474 setiap tan, dan Jun 2025 merosot RM161 kepada RM4,328 setiap tan.

Kontrak Julai 2025 susut RM153 kepada RM4,230 setiap tan, Ogos 2025 turun RM139 kepada RM4,163 setiap tan, dan September 2025 merosot RM128 kepada RM4,124 setiap tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 90,621 lot daripada 65,131 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka turun kepada 254,177 kontrak daripada  256,811 kontrak semalam.

Harga MSM fizikal bagi April Selatan susut RM70 kepada RM4,780 setiap tan.

-- BERNAMA