BERITA TERKINI   ASEANĀ perlu memberi respons secara kolektif, diselaraskanĀ dan berpandangan jauh dalam menghadapi konflik Asia Barat - PM Anwar | Pemegang MyKad lama tidak diwajibkan menukar MyKad baharu yang diperkenal pada Jun ini - Saifuddin Nasution | MyNIISe dijangka bantu kurangkan isu kesesakan di pintu-pintu utama negara - Saifuddin Nasution | Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi Hari Raya Aidiladha ditetapkan 17 Mei - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan di Batu Pahat Selasa lepas | 

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM291.43 Juta Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM291.43 juta daripada Persada Mentari Sdn Bhd bagi pembangunan pangsapuri servis di Bandar Tanjung Pinang, Pulau Pinang.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak tersebut melibatkan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan bangunan utama pangsapuri servis 50 tingkat, satu blok dengan 516 unit kemudahan meletak kenderaan dan kemudahan lain. 

“Kontrak akan bermula pada 23 Jun, 2025 dan dijangka siap dalam tempoh 38 bulan daripada tarikh permulaan,” katanya.

Katanya, kontrak dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan kepada kumpulan bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Menurutnya, Persada Mentari merupakan anak syarikat milik penuh tidak langsung Eastern & Oriental Bhd dan pengarah serta pemegang saham utama syarikat tersebut mempunyai kepentingan langsung serta tidak langsung.

-- BERNAMA