BERITA TERKINI   Kerajaan tegas dan tidak akan bertolak ansur dalam hadapi isu rasuah, tidak kira kawan atau lawan - PM Anwar | Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | 

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$117.5 Bilion Pada 28 Mac, 2025

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.50 bilion pada 28 Mac, 2025 berbanding US$118.0 bilion pada 14 Mac, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata kedudukan rizab berkenaan memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing (US$104.5 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (US$5.8 bilion), emas (US$3.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.2 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM631.66 bilion, merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM520.76 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.72 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM23.82 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM27.0 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset-aset lain (RM66.58 bilion).

BNM berkata keseluruhan modal dan liabiliti berjumlah RM631.65 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.19 bilion), mata wang dalam edaran (RM178.58 bilion), deposit institusi kewangan (RM138.86 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM4.24 bilion), lain-lain deposit (RM78.75 bilion) kertas Bank Negara (RM10.55 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM28.38 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.98 bilion).

-- BERNAMA