Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal.
Pada jam 9.37 pagi, kontrak bulan semerta April 2025 dan Mei 2025 masing-masing merosot 24.5 mata kepada 1,414.5 dan 1,412.0, Jun 2025 dan September 2025 turun 26.0 mata masing-masing kepada 1,408.5 dan 1,395.0.
Jumlah dagangan sebanyak 4,793 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,182 kontrak.
Sementara itu, FBM KLCI berkurangan 13.02 mata kepada 1,430.54 selepas 60 minit dagangan dijalankan berbanding 1,443.56 pada akhir dagangan semalam.
-- BERNAMA