BERITA TERKINI   PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | 

MITI Sasar Perdagangan Dua Hala Dengan New Zealand Meningkat 50 Peratus - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk meningkatkan perdagangan dua hala dengan New Zealand sebanyak 50 peratus dengan nilai anggaran berjumlah RM25.67 bilion menjelang 2030.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia menghargai rakan dagang seperti New Zealand terutamanya dalam ekonomi global yang tidak menentu.

Katanya kerjasama antara Malaysia dan New Zealand sudah lama terjalin, diperkukuhkan lagi dengan taraf Perkongsian Strategik sejak 2023 dan lawatan Perdana Menteri New Zealand tahun lepas.

“Untuk mencapai sasaran tersebut, Malaysia sedia bekerjasama rapat dengan New Zealand untuk meneroka peluang baharu terutamanya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, ekonomi digital dan tenaga boleh baharu.

“Sektor ini selaras dengan fokus kita dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030),” katanya menerusi hantaran di laman Instagram pada Rabu selepas menerima kunjungan Duta Besar New Zealand ke Malaysia Michael Wehi Mailetonga Walsh di sini.

Tengku Zafrul berkata kerjasama erat dalam inovasi dan teknologi berpotensi melonjakkan perdagangan Malaysia kepada tahap lebih tinggi.

-- BERNAMA