BERITA TERKINI   Kadar pengangguran Malaysia bagi November 2025 mencatat penurunan kepada 2.9 peratus, iaitu tahap terendah dalam 11 tahun – DOSM | Kurikulum Persekolahan baharu dilaksana secara berperingkat, tekankan pendidikan manusiawi dan integrasi teknologi digital - Fadhlina | KPM aktifkan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji semula keperluan PT3, UPSR - Fadhlina | Bernama perlu pimpin transformasi media, kekal jadi rujukan utama rakyat - KPE Bernama | JKDM gagalkan 7,097 cubaan penyeludupan, penyelewengan duti dan cukai dengan sitaan cecah RM1.88 bilion pada 2025 - KP Kastam | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu sejajar prestasi asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 turun 33.5 mata kepada 1,405.5, Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing jatuh 34.5 mata kepada 1,402.0 dan 1,400.0, manakala September 2025 susut 32.5 mata kepada 1,388.5.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 18,036 lot daripada 11,826 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 54,219 kontrak daripada 48,708 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 42.97 mata atau 2.98 peratus kepada 1,400.59 daripada 1,443.56 yang dicatatkan semalam.

-- BERNAMA