BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1380/1430 berbanding dolar AS daripada 4.1465/1500 semasa ditutup pada Isnin | Pembinaan Masjid Warisan di hadapan Menara TRX akan diteruskan seperti dirancang - Zulkifli | RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat | 1,059 kemalangan pendakian dengan 63 kes kematian direkodkan bagi tempoh 2021-2025 - Syed Ibrahim | RUU Persaingan (Pindaan) 2026 dan RUU Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat | 

Megah Port Laksana Penambahbaikan, Perkukuh Peranan Pelabuhan Sebagai Hab Logistik Utama

LABUAN, 12 April (Bernama) -- Operator pelabuhan kontena Labuan, Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) melaksanakan penambahbaikan yang ketara dalam meningkatkan kecekapan dan mengukuhkan peranan pelabuhan itu sebagai hab logistik utama di rantau ini sejak mengambil alih operasi pelabuhan berkenaan.

Pengarah Urusannya Datuk Seri Patrick Tiong berkata penambahbaikan ini bukan sahaja merangsang aktiviti ekonomi malah memperkukuh komitmen MPM untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Labuan Liberty Port di sini hari ini yang kali kedua diadakan sejak MPM mengambil alih aspek pengurusan pelabuhan berkenaan. 

Majlis itu menghimpunkan lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai sektor ekonomi dan seumpamanya selain dihadiri pengguna pelabuhan, pemimpin dewan perniagaan, agensi kerajaan, murid-murid kurang berkemampuan serta penduduk setempat.

"Rumah terbuka MPM bukan sekadar perhimpunan perayaan. Ia adalah peluang untuk memupuk perasaan muhibah melibatkan seluruh peringkat masyarakat dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

-- BERNAMA