BERITA TERKINI   Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | ASEAN teliti pendekatan baharu perkukuh pelaksanaan 5PC bagi krisis di Myanmar - Mohamad Hasan | Sehingga 18 Jun lepas, pembiayaan lebih RM700 juta telah diluluskan kepada lebih 1,000 PKS - Akmal Nasrullah | Jumlah tenaga buruh meningkat 17.33 juta orang setakat April 2026, kehilangan pekerjaan turun 6,197 orang setakat 22 Jun - Akmal Nasrullah | 

MITI Bentang Analisis Baharu Impak Tarif AS Di Mesyuarat NGCC Esok - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Analisis baharu mengenai impak susulan perubahan terkini tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara akan dibentangkan pada mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) esok, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Setiap hari ada perkembangan baharu. Terkini, (Presiden Donald) Trump beri pengecualian tarif untuk telefon pintar dan komputer. 

"Perubahan macam ni memaksa kita buat analisis baru dengan segera untuk tahu impaknya pada ekonomi negara. Analisis tepat, strategi pun tepat," katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Pada 7 April, Tengku Zafrul berkata NGCC diaktifkan bagi tujuan menangani kesan tarif AS.

-- BERNAMA