BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad HasanĀ  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Pernas Lantik Nor Azam Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini. 

Pernas dalam satu kenyataan berkata pelantikan Nor Azam menandakan permulaan lembaran baharu bagi Pernas, pengalaman luas serta kepakaran beliau diyakini mampu memperkukuh kedudukan syarikat dan melonjakkan pencapaiannya ke tahap lebih tinggi.

"Nor Azam mempunyai pengalaman lebih 26 tahun di sektor perbankan dan kewangan.

"Beliau pernah berkhidmat di Malaysia Building Society Berhad (MBSB), semasa di sana, beliau telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Perniagaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif sehingga Jun 2024," kata kenyataan itu. 

Selain itu, Nor Azam pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan terkemuka termasuk Citibank, OCBC Bank, Arab Malaysia Bank dan Hong Leong Bank.

-- BERNAMA