BERITA TERKINI   80 warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan terbabit penipuan dalam talian pada 7 April | Lawatan kerja Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah ke premis KL-Kepong Oleomas di Selangor Sabtu ini tinjau proses pengadunan biodiesel - Fahmi Fadzil | Lawatan kerja Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah ke premis di Selangor Sabtu ini tinjau proses pengadunan biodiesel - Fahmi Fadzil | Dua kapal dalam perjalanan pulang dari Selat Hormuz, satu dijangka tiba 17 April dan satu lagi minggu berikutnya - Fahmi | MCMC kenal pasti 441 kandungan palsu berhubung krisis tenaga global berdasarkan aduan awam, 54 kertas siasatan dibuka - Fahmi | 

Khazanah Batal Majlis Rumah Terbuka Susulan Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Khazanah Nasional Bhd membatalkan acara Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 syarikat itu yang dijadualkan hari ini sebagai menghormati pemergian mantan Perdana Menteri kelima dan bekas Pengerusinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam kenyataannya, syarikat pelaburan strategik berkaitan kerajaan itu berkata majlis itu sepatutnya diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Ketika negara berkabung atas pemergian Tun Abdullah, kami turut berdukacita dan ingin memaklumkan bahawa Rumah Terbuka Hari Raya 2025 Khazanah telah dibatalkan.

“Doa kami mengiringi Tun Abdullah selain ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham," katanya.

Abdullah yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi tempoh 2003 hingga 2009, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) jam 7.10 malam semalam pada usia 85 tahun.

-- BERNAMA