BERITA TERKINI   Operasi pembenihan awan akan dijalankan di Kedah dan Perlis pada 10-12 Mei serta 17-19 Mei - Arthur | 20 pendaki terkandas susulan letusan Gunung Dukono di Indonesia, operasi pemindahan sedang dijalankan - Basarnas | Amalkan politik matang, jangan main isu gugat perpaduan, titah Tengku Hassanal | KPKM kurangkan kebergantungan import jagung, soya, beras dan bawang susulan ketidaktentuan geopolitik global - Mohamad | Malaysia sokong mempercepat pelaksanaan Rangka Kerja Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pemulihan Dalam Pasaran Bon AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya lebih rendah pada hari Jumaat, menjejaki kerugian pada Comex selepas komoditi itu melemah susulan pengukuhan dalam pasaran bon Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata bulion mencapai rekod tertinggi tetapi melembap ketika menutup minggu ini susulan pemulihan dalam pasaran bon AS.

"Dengan hasil sebenar mula menstabil, emas kini mempunyai persaingan lagi. Kita mungkin akan melihat momentum menaik logam kuning menjadi pudar kecuali wujud risiko sistemik baharu atau keadaan geopolitik yang tidak dijangka," katanya kepada Bernama.

Kontrak April 2025 meningkat kepada US$3,305.20 setiap auns troy berbanding US$3,329.90 setiap auns troy yang dicatatkan semalam, manakala kontrak Mei 2025 jatuh kepada US$3,315.60 setiap auns troy daripada US$3,340.30 setiap auns troy.

Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 semuanya menurun kepada US$3,330.30 setiap auns troy berbanding US$3,355.00 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan jatuh kepada 142 lot daripada 411 lot, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 175 kontrak daripada 455 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari 17 April London Bullion Market Association, emas fizikal berada pada US$3,305.65 setiap auns troy.

-- BERNAMA