BERITA TERKINI   UEC: Sebarang pengiktirafan mesti berpaksi Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Ahmad Zahid | Pemerkasaan pendidikan tahfiz di pelbagai peringkat, bukti komitmen kerajaan bina generasi Huffaz Profesional - Ahmad Zahid | Liga Super: Kelantan TRW FC 3-2 Sabah FC | Liga Super: Terengganu FC 1-0 DPMM FC | AAX memperoleh langganan penuh bagi cadangan RM1 bilion tawaran saham persendirian berharga pada RM1.65 sesaham | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau yang melemah dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Niaga hadapan getah Jepun diniagakan lebih rendah, didorong oleh yen yang mengukuh dan prospek bekalan yang lebih tinggi. 

Aliran pasaran kekal perlahan di tengah-tengah kebimbangan terhadap ketidaktentuan ekonomi global berikutan perang perdagangan yang semakin memuncak dan ketegangan geopolitik.

Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh peningkatan harga minyak mentah dan keyakinan terhadap potensi pemulihan China yang disokong oleh langkah rangsangan.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menyusut 15.5 sen kepada 745.00 sen sekilogram daripada Isnin, manakala lateks pukal turun 5.5 sen kepada 641.00 sen sekilogram berbanding semalam.

-- BERNAMA