BERITA TERKINI   Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Hafizuddeain dan isteri akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL esok - SPRM | Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL pada 23 Jan - SPRM | Kementerian Komunikasi tumpu pemerkasaan infrastruktur digital, industri kreatif dan informasi serta komunikasi kerajaan pada 2026 - Fahmi | Ekonomi negara kini di landasan betul, Malaysia jadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar - Fahmi | Tiga pusat membeli-belah dikenal pasti sebagai hab pengangkutan awam bas ekspres laluan KL–Singapura - Loke | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai. 

Kontrak April 2025 dan September 2025 naik 3.5 mata masing-masing kepada 1,500.0 dan 1,481.50, Mei 2025 menokok 2.5 mata kepada 1,499.0 dan Jun 2025 meningkat 4.5 mata kepada 1,497.50.

Jumlah dagangan melonjak kepada 27,880 lot daripada 20,286 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 68,239 kontrak daripada 59,269 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.33 mata atau 0.36 peratus kepada 1,506.52 daripada 1,501.19 sebelumnya.

-- BERNAMA