BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad HasanĀ  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

MITI Siasat Dakwaan Hasil Kerja Tidak Diberi Pengiktirafan Bagi Pavilion Malaysia Di Ekspo 2025 Di Osaka

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengumpul dan mengesahkan semua fakta berkaitan berhubung dakwaan yang dibuat oleh seorang individu di media sosial mengenai hasil kerja yang tidak diberikan pengiktirafan dan bayaran bagi Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 di Osaka, Jepun.

Menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini, pihaknya mengambil maklum dakwaan berkaitan menghasilkan konsep untuk pavilion tersebut yang tular di media sosial dan telah dilaporkan oleh media.

“Kami memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. 

“MITI kekal komited terhadap piawaian integriti dan pematuhan yang tertinggi dalam semua urusannya. Kami akan mengambil tindakan undang-undang apabila perlu,” katanya.

Menurut laporan, seorang individu mendakwa bahawa konsep, tema, naratif dan hala tuju seni bina yang dibangunkan oleh syarikatnya telah digunakan untuk pavilion tersebut tanpa pengiktirafan atau bayaran yang sewajarnya.

Dalam satu hantaran di Instagram, pengguna yang dikenali sebagai “Feythehuman” mendakwa syarikatnya telah terlibat dalam projek itu selama hampir dua tahun sebelum ia “diambil” oleh kementerian.

-- BERNAMA