BERITA TERKINI   UEC: Sebarang pengiktirafan mesti berpaksi Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Ahmad Zahid | Pemerkasaan pendidikan tahfiz di pelbagai peringkat, bukti komitmen kerajaan bina generasi Huffaz Profesional - Ahmad Zahid | Liga Super: Kelantan TRW FC 3-2 Sabah FC | Liga Super: Terengganu FC 1-0 DPMM FC | AAX memperoleh langganan penuh bagi cadangan RM1 bilion tawaran saham persendirian berharga pada RM1.65 sesaham | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.  

Kontrak April 2025 menambah 13 mata kepada 1,522.0, Mei 2025 dan September 2025 masing-masing naik 12 mata kepada 1,519.0 dan 1,503.5 manakala Jun 2025 meningkat 15 mata kepada 1,519.0.

Jumlah dagangan menokok kepada 64,160 lot daripada 25,388 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 112,276 kontrak daripada 69,580 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 12.39 mata atau 0.82 peratus kepada 1,521.59 daripada 1,509.20 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA