Bursa Malaysia Ditutup Pada Khamis Sempena Cuti Umum Hari Pekerja

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Khamis ini (1 Mei) sempena cuti umum menyambut Hari Pekerja.

Bursa dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada hari berikutnya, 2 Mei.

-- BERNAMA