BERITA TERKINI   Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tular - Fahmi | Bangkai helikopter PDRM yang terhempas di Sungai Pulai dijangka dinaikkan esok atau lusa dengan bantuan TLDM dan APMM - Komander PGU  | Kemalangan helikopter: Lima mangsa termasuk dua di ICU Hospital Sultanah Aminah stabil - Komander PGU | KPT pantau aktiviti berkaitan militan IS dalam kalangan pelajar IPT - Zambry | 

Petronas Bekerjasama Dengan Glide Edar Minyak Penebat Premium

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Petronas Lubricants International (PLI) dan pengeluar minyak pelincir tempatan Glide Technology Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerjasama untuk pengedaran minyak penebat premium di bawah jenama Petronas Tranol Glide.

Di bawah perjanjian itu, Glide yang mempunyai kemudahan di Shah Alam, akan mengeluarkan Petronas Tranol Glide untuk pengedaran dalam negara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI Khalil Muri berkata kepakaran dan keupayaan syarikat itu telah terbukti dalam menyediakan penyelesaian industri dan produk berkualiti tinggi dalam menyokong pertumbuhan sektor industri Malaysia, yang terus menunjukkan trajektori positif sejak beberapa dekad lalu.

"Rangkaian Petronas Tranol Glide direka untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi sistem tenaga, yang amat penting untuk pertumbuhan industri pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minyak penebat memainkan peranan penting dalam operasi transformer yang merupakan teras utama pencawang elektrik.

-- BERNAMA