BERITA TERKINI   Kerajaan beri pertimbangan sewajarnya pelantikan Nick Adams sebagai duta Amerika Syarikat ke Malaysia - PM Anwar | Kemalangan bas bawa pelajar UPSI: Laporan awal boleh diakses di laman sesawang rasmi Kementerian Pengangkutan hari ini | Pestec International Bhd umum Lim Pay Chuan bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan | Ekonomi dianggarkan berkembang sederhana sebanyak 4.4 peratus pada separuh pertama 2025 - DOSM | KDNK Malaysia pada suku kedua 2025 dijangka berkembang 4.5 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh di sebalik cabaran global - DOSM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai.

Kontrak April 2025 naik 15.5 mata kepada 1,532.0, Mei 2025 menambah 20.5 mata kepada 1,531.0, Jun 2025 meningkat 17.5 mata kepada 1,528.0 dan September 2025 naik 15.0 mata kepada 1,511.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 11,952 lot daripada 25,516 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 47,978 kontrak daripada 63,011 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 24.66 mata kepada 1,540.22 daripada 1,515.56 semalam.

-- BERNAMA