BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong keyakinan baharu terhadap perdagangan global, kata  penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2560/2600 berbanding dolar AS daripada 4.3130/3185 ketika ditutup pada Rabu.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum Hari Pekerja.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi yang terus memberangsangkan itu mencerminkan sentimen pelabur yang bertambah baik, disokong oleh tanda-tanda kemungkinan rundingan perdagangan antara AS dan China.

“Nampaknya ada beberapa petanda yang positif berkaitan perang perdagangan antara AS dan China, dengan pegawai kerajaan China membayangkan kemungkinan rundingan perdagangan dengan AS,” katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan hari ini, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9437/9467 daripada 3.0142/0182 ketika ditutup pada Rabu, dan naik berbanding euro kepada 4.8297/8342 daripada 4.9009/9071.

Unit tempatan juga lebih stabil berbanding pound British kepada 5.6639/6692 daripada 5.7626/7699.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN yang lain.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2862/2898 berbanding 3.3027/3074 ketika ditutup pada Rabu, dan meningkat berbanding baht Thai kepada 12.8697/8903 daripada 12.9066/9304.

Mata wang domestik turut meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.67 daripada 7.72/7.73 pada Rabu dan lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 258.8/259.3 daripada 259.7/260.2.

-- BERNAMA