BERITA TERKINI   PRN Johor: Senarai calon BN kini di peringkat akhir - Ahmad Zahid | PRN Johor : BN utamakan tawaran terbaik buat rakyat, bukan serangan politik - Ahmad zahid | Koperasi Profesional Putrajaya Berhad catat prestasi baik, rekod tatakelola teratur - PM Anwar | Jangan ada unsur pengkhianatan dalam sebarang kerjasama politik di negara ini - PM Anwar | Aspek tatakelola penting dalam pembangunan, kegiatan koperasi di negara ini - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Seiring Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pada minggu depan.

Pasaran tunai dijangka mencatatkan prestasi lebih baik, disokong oleh landskap ekonomi global yang semakin bertambah baik dan kembalinya semula belian asing ke bursa tempatan.

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, kontrak Mei 2025 meningkat 35.5 mata kepada 1,542.5, Jun 2025 menambah 37.0 mata kepada 1,541.0, September 2025 menokok 31.5 mata kepada 1,523.0, manakala Disember 2025 berada pada 1,532.0.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 107,760 lot daripada 83,481 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada 39,482 kontrak daripada 69,580 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran tunai meningkat 33.29 mata kepada 1,542.49, daripada 1,509.20 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA