BERITA TERKINI   Saling bergantung antara negara berdaulat perlu dibina berasaskan prinsip pilihan, ketahanan, dan saling menghormati - PM Anwar | Keuntungan Tahun Kewangan 2025 Sime Darby turun 37.7 peratus kepada RM2.06 bilion berikutan tiada sumbangan daripada keuntungan jualan segmen penjagaan kesihatan | Dua maut, lima cedera dalam kebakaran rumah di Batu 36, Jalan Pontian, Johor pagi tadi - Bomba | Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sah letak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia - FAM | Timbalan Presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi dinamakan Pemangku Presiden FAM berkuat kuasa serta-merta - FAM | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, disokong oleh sentimen positif ke atas mata wang tempatan, kata seorang penganalisis. 

Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.1835/2035 berbanding dolar US daripada 4.1990/2035 ketika ditutup semalam.

 Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata nampaknya terdapat spekulasi bahawa tawaran perdagangan berpotensi untuk dicapai kerana kejutan tarif Amerika Syarikat (AS) mungkin menjejaskan pertumbuhan ekonomi AS dengan teruk.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan ringgit kekal kukuh berbanding dolar US hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal di bawah paras 100 mata pada 99.831 walaupun bacaan Indeks Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS yang lebih baik daripada jangkaan untuk sektor perkhidmatan yang meningkat kepada 51.6 mata pada April (Konsensus: 50.2 mata).

Sementara itu, sentimen pasaran turut disokong oleh Sidang Khas Parlimen mengenai tarif AS yang diadakan semalam, kerajaan menyatakan kesediaannya untuk mengambil langkah perlu bagi mengurangkan kesan kejutan tarif dilaksanakan oleh Presiden AS Donald Trump.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding yen Jepun kepada 2.9111/9252 daripada 2.9192/9225 ketika ditutup pada Isnin, meningkat berbanding euro kepada 4.7320/7546 daripada 4.7629/7680 sebelum itu dan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.5595/5860 daripada 5.5868/5928 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.2410/2573 berbanding 3.2644/2682 ketika ditutup pada Isnin dan menambah berbanding baht Thailand kepada 12.6942/7692 daripada 12.7497/7747.

Dalam pada itu, ringgit menambah berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.54 daripada 7.53/7.54 ketika ditutup pada Isnin dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 254.1/255.5 daripada 255.1/255.5 sebelum itu.

-- BERNAMA