BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad HasanĀ  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Krisis Berterusan Tarif AS-china

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini susulan krisis tarif Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan.

Pengukuhan logam berharga itu telah dipacu oleh perang perdagangan AS -China, kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes. “Memandangkan ketidakpastian di sekitar perang perdagangan masih memanas dan pasaran hanya melihat peluang 20 peratus penawaran menjelang akhir Jun, emas bertindak dalam peranan tradisionalnya sebagai pelaburan yang selamat,” kata beliau kepada Bernama.

Pada penutup hari ini, kontak Mei 2025 meningkat kepada US$3,383.30 setiap auns troy daripada US$ 3,315.10 yang dicatatkan semalam. Kontrak Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing menokok kepada US$3,394.70 setiap auns troy berbanding US$3,324.50 sebelum ini.

Jumlah dagangan menurun kepada 77 lot daripada 82 lot, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 89 kontrak daripada 122.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 2 Mei lepas, harga emas fizikal berada pada US$3,249.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA