BERITA TERKINI   Seramai 1,429 pegawai, anggota PDRM dikenakan tindakan tatatertib termasuk 134 dibuang kerja sepanjang tahun lepas - Ayob Khan | KPDN menerusi JTPAP akan menyegerakan tindakan undang-undang bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 - Armizan | Yang di-Pertuan Agong akan tentukan calon baharu terajui SPRM - RPO | Terdapat 31,517 kes bankrap sejak 2021 hingga Mac 2026, dengan 46 peratus berpunca daripada pinjaman peribadi - Akmal | Polis Sarawak tumpas sindiket dadah dengan nilai rampasan RM16.8 juta dalam serbuan berasingan di Kuching | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak.

Peniaga berkata harga minyak meningkat lebih daripada US$1 setong pada Selasa, namun melantun semula atas faktor teknikal dan belian semasa harga rendah selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) meningkatkan pengeluaran menyebabkan harga turun pada sesi sebelumnya, walaupun kebimbangan mengenai prospek lebihan minyak berterusan. 

Kenaikan seterusnya dihadkan oleh ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat (AS) dan perang perdagangan berterusan antara China-AS.

Beliau berkata sektor perkhidmatan AS mencatatkan pertumbuhan pada April dengan indeks pengurus pembelian (PMI) bukan pembuatan meningkat kepada 51.6 bulan lepas daripada 50.8 pada Mac.

Katanya, indeks pengurus pembelian perkhidmatan China Caixin/S&P Global susut kepada 50.7 daripada 51.9 pada Mac, iaitu bacaan terendah sejak September.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik 14.0 sen kepada 743 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 3.0 sen kepada 601.50 sen sekilogram. 

-- BERNAMA