BERITA TERKINI   KWAP umum pelantikan Datuk Jay Khairil Jeremy Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 20 Mei 2026 |  Malaysia mahu OEM bekerjasama dengan vendor tempatan untuk meningkatkan seluruh rantaian nilai dan ekosistem melalui dasar EV baharu - Sim Tze Tzin  | 13 Ahli Dewan Negara termasuk enam lantikan baharu angkat sumpah sebagai senator hari ini | Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Datuk Norliza Tajudin mengaku tidak bersalah pecah amanah RM10.55 juta | Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dari penjara secara parol pada pagi Isnin. | 

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh aliran peningkatan Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20), yang disokong oleh pemulihan niaga hadapan getah serantau.

Menurut seorang peniaga, sentimen pasaran terus ditingkatkan oleh lonjakan harga minyak mentah penanda aras dan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan berterusan terhadap impak ekonomi susulan tarif perdagangan AS, katanya kepada Bernama.

Peniaga itu berkata lonjakan harga minyak, naik sedikit di atas paras terendah dalam empat tahun, berikutan pelabur kini memberi tumpuan kepada rundingan dagangan AS-China dan tanda-tanda penguncupan pengeluaran AS. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga SMR 20 naik 4.5 sen kepada 747.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 4.0 sen kepada 597.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA