BERITA TERKINI   Bank Rakyat umum bayar dividen 18 peratus berjumlah RM534.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 | Golden Destinations yang baru disenaraikan di Pasaran ACE, dibuka pada 49 sen iaitu premium empat sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) dengan 15 juta saham diniagakan  | 

Unit Uzma Raih Kontrak Di Perairan Malaysia Timur Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Uzma Bhd,  Uzma Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan log talian wayar elektrik (EWL) tanpa bantuan pelantar (NRA).

Uzma berkata kontrak itu yang diperoleh menerusi surat lantikan (LOA) bagi kerja-kerja di perairan Malaysia Timur untuk tempoh tiga tahun, bermula 26 Mac 2025 hingga 25 Mac 2028.

"Kontrak tersebut merangkumi perkhidmatan perundingan teknikal, penyediaan unit talian elektrik, perkhidmatan log, perforasi, perkhidmatan pemasangan plug/packer serta pelbagai perkhidmatan lain untuk semua jenis telaga," katanya dalam makluman kepada bursa.

Kontrak ini dijangka menyumbang kepada pendapatan syarikat serta aset bersih setiap saham bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2025 dan seterusnya sehingga kontrak tamat.

-- BERNAMA