BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka FC 3-0 PDRM FC | Liga Super: Selangor FC 1-0 Negeri Sembilan FC | Liga Super: KL City FC 0-1 Penang FC | Liga Super: JDT 2-1 Kuching City FC | Kerajaan berhak tarik balik bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan - MoF | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives menyaksikan dagangan lebih rendah dalam sesi awal pada Khamis.

Pada 9.19 pagi, kontrak semasa Mei 2025 turun dua mata kepada 1,579.0, Jun 2025 jatuh 0.5 mata kepada 1,580.0, September 2025 susut satu mata kepada 1,564.0 dan Disember 2025 merosot 4.5 mata kepada  1,571.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,645 lot dengan minat terbuka berjumlah 36,264 kontrak.

FBM KLCI turun 2.21 mata kepada 1,581.20 selepas 40 minit dagangan dijalankan berbanding 1,583.51, semalam.

-- BERNAMA