BERITA TERKINI   Untung bersih Bank Islam susut kepada RM557.24 juta pada TK2025 daripada RM571.08 juta pada TK2024 | Sunway sedia kaji peluang tubuh hospital dan pusat penjagaan kesihatan di rantau ASEAN - Pengerusi | TNB lantik Datuk Shamsul Ahmad sebagai Presiden dan CEO baharu, menggantikan Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan mulai 1 Mac 2026 | Yang di-Pertuan Agong sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal di bahagian belakang serta pinggul - Istana Negara  | Baginda dinasihatkan pakar perubatan supaya berehat, tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan - Istana Negara | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini apabila pelabur beralih kepada aset selamat walaupun Bursa Komoditi New York (COMEX) mengalami penurunan, kata penganalisis.

Kontrak semerta bulan Mei 2025 meningkat kepada US$3,218.10 setiap auns troy daripada US$3,174.80 dan Jun 2025 menokok kepada US$3,232.0 daripada US$3,187.80 ketika ditutup semalam.

Kontrak Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 naik kepada US$3,245.7 setiap auns troy daripada US$3,201.50.

Jumlah dagangan merosot kepada 283 lot daripada 567 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 49 kontrak daripada 601 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 15 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,191.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA