BERITA TERKINI   Jalan utama kawasan 'core island' Putrajaya akan ditutup kepada kenderaan persendirian bermula 6 petang, 29-31 Ogos - Fahmi | Isu penjenamaan TH: Orang ramai dinasihat jangan mudah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab - Fahmi | Empat remaja maut selepas kereta dinaiki terbabas dalam kemalangan di Banting, awal pagi tadi - Polis | Kabinet setuju selesaikan bayaran pampasan tanah Kem Gemas kepada Kerajaan Negeri Sembilan - PM | Program MADANI Rakyat platform untuk menjelaskan inisiatif kerajaan secara menyeluruh kepada rakyat - PM | 

Proses Rasionalisasi Subsidi RON95 Akan Diuruskan Sepenuhnya Oleh MoF - Rafizi

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Keputusan mengenai cadangan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan (MoF) seperti yang diputuskan Kabinet, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Beliau berkata Kementerian Ekonomi telah mengadakan perbincangan dengan Kabinet selama empat kali berhubung perkara itu dan ketika ini sedang menunggu maklumat terkini seterusnya daripada MoF. 

"MoF akan menguruskan keseluruhan proses subsidi RON95 selepas ini, dan saya rasa kita perlu menunggu pengumuman rasmi mereka. Seeloknya dapatkan butiran lanjut daripada MoF," katanya.

Rafizi berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Rakan Dialog Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di sini, hari ini.

Pada Mac lepas, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata mekanisme bagi subsidi bersasar RON95 masih diperhalusi.

Beliau berkataan kerajaan tidak mahu membuat sebarang pengumuman awal mengenai pelaksanaannya pada masa itu dan pengumuman dijangka dibuat selepas separuh pertama tahun ini.

-- BERNAMA