BERITA TERKINI   KPKT salur RM146 juta untuk bina rumah mesra rakyat, pasar baharu dan taman awam di Kelantan - Nga | Projek naik taraf Pasar Siti Khadijah dijangka siap sepenuhnya tahun ini - Nga | Kerajaan beri pertimbangan sewajarnya pelantikan Nick Adams sebagai duta Amerika Syarikat ke Malaysia - PM Anwar | Kemalangan bas bawa pelajar UPSI: Laporan awal boleh diakses di laman sesawang rasmi Kementerian Pengangkutan hari ini | Pestec International Bhd umum Lim Pay Chuan bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan kelemahan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta Mei 2025 susut kepada US$3,244.70 setiap auns troy daripada US$3,247.40 setiap auns troy semalam, manakala Jun 2025 turun kepada US$3,257.50 setiap auns troy daripada US$3,261.10 setiap auns troy.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2025 merosot kepada US$3,271.20 setiap auns troy daripada US$3,274.80 setiap auns troy sebelum itu.

Jumlah dagangan melonjak kepada 477 lot daripada 108 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka turun kepada 33 kontrak daripada 157 kontrak semalam.

Menurut penetapan harga sebelah petang oleh London Bullion Market Association pada 19 Mei, emas fizikal berharga US$3,230.15 setiap auns troy.

-- BERNAMA