BERITA TERKINI   UEC: Sebarang pengiktirafan mesti berpaksi Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Ahmad Zahid | Pemerkasaan pendidikan tahfiz di pelbagai peringkat, bukti komitmen kerajaan bina generasi Huffaz Profesional - Ahmad Zahid | Liga Super: Kelantan TRW FC 3-2 Sabah FC | Liga Super: Terengganu FC 1-0 DPMM FC | AAX memperoleh langganan penuh bagi cadangan RM1 bilion tawaran saham persendirian berharga pada RM1.65 sesaham | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives menyaksikan dagangan lebih tinggi pada sesi awal hari ini.

Pada 9.35 pagi ini, kontrak bulan semasa Mei 2025 dan September 2025 naik 3.5 mata kepada 1,551.0 dan 1,535.5 manakala Jun 2025 dan September 2025 menokok 5.5 mata kepada 1,552.0 dan 1,545.5.

Jumlah dagangan sebanyak 683 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,613 kontrak.

FBM KLCI naik 1.11 mata kepada 1,549.98 selepas 35 minit dagangan dijalankan daripada paras 1,548.87 semalam.

-- BERNAMA