Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.
Ketika ditutup, Mei 2025 turun 2.5 mata kepada 1,545.0, Jun 2025 dan September 2025 masing-masing susut 2.0 mata kepada 1,544.5 dan 1,530.0, manakala Disember 2024 merosot 4.0 mata kepada 1,536.0.
Jumlah dagangan turun kepada 4,207 lot daripada 4,936 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka juga menyusut kepada 38,705 kontrak daripada 39,281 kontrak semalam.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurang 4.07 mata atau 0.26 peratus kepada 1,544.80 daripada 1,548.87 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA