BERITA TERKINI   China akan tandatangan Perjanjian SEANWFZ sebaik sahaja semua dokumen lengkap - Mohamad Hasan | Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani dengan cermat, elak dipolitikkan - Istana Negara | Menteri Luar Australia umum program pembangunan AU$1.28 bilion untuk ASEAN bagi menyerap impak pemotongan dana USAID | CAAM sahkan kemalangan helikopter polis jenis AS355 berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor pagi ini, lima mangsa selamat | ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh pergerakan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.

Pada 5.10 petang, harga minyak mentah Brent merosot 0.76 peratus kepada US$64.04 setong.

Ketika ini, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2285/4.2350 berbanding dolar AS, berbanding ketika ditutup pada Khamis pada 4.2705/2765.

“Harga minyak susut untuk sesi keempat berturut-turut pada Jumaat dan dijangka mengalami penurunan mingguan pertama dalam tempoh tiga minggu, dipengaruhi oleh tekanan bekalan yang diperbaharui daripada kemungkinan kenaikan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan Sekutunya (OPEC +) pada Julai.

“Agensi Meteorologi Thailand turut mengeluarkan amaran kepada petani mengenai kemungkinan hasil tanaman rosak, kerana hujan lebat mungkin mengakibatkan banjir kilat bermula 23-27 Mei 2025,” kata peniaga.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR 20) turun 4.50 sen kepada 740.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat lima sen kepada 627.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA