BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Isnin, didorong oleh kejutan tarif yang dijangka memberi kesan negatif kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada pukul 8.04 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2100/2410 berbanding mata wang AS daripada 4.2285/2345 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata rang undang-undang cukai diluluskan oleh Dewan Perwakilan AS baru-baru ini dijangka meluaskan defisit fiskal dan meningkatkan tahap hutang kerajaan.

“Penurunan penarafan kredit berdaulat AS oleh Moody’s Ratings yang berlaku sebelum kelulusan undang-undang itu telah menyebabkan hasil Perbendaharaan AS naik lebih tinggi dengan bon 30 tahun melebihi markah 5.0 peratus, akibatnya pinjaman akan menjadi lebih mahal.

“Pasaran kini berada di persimpangan kritikal kerana dolar US, secara tradisinya dilihat sebagai mata wang selamat...namun status itu sekarang dikaji semula,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka kekal positif berikutan kelemahan dolar AS.

Paras sokongan dan rintangan US$/RM semasa, masing-masing pada 4.0942 dan 4.2624, katanya.

"Dengan mengandaikan ringgit mengukuh lagi 0.5 peratus minggu ini, pasangan AS$/RM boleh ditutup sekitar 4.2103, dalam julat 4.22 hingga 4.23," katanya.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.

Ia naik berbanding pound Britain kepada 5.7016/7436 daripada 5.7072/7153 ketika ditutup pada Jumaat, meningkat berbanding euro kepada 4.7918/8271 daripada 4.7985/8053, melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.9490/9709 daripada 2.9502/9546.

Dalam pada itu, berbanding mata wang negara ASEAN, ringgit menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.2775/3022 daripada 3.2891/2940 pada Jumaat, naik berbanding baht Thailand kepada 12.9173/13.0252 daripada 12.9744/13.0012 sebelum itu.

Unit tempatan juga melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.68 daripada 7.65/7.66 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 259.6/261.5 daripada 260.7/261.1 sebelum itu.

-- BERNAMA