BERITA TERKINI   Prestasi pengukuhan ringgit antara faktor bantu turunkan kos import barangan -- Amir Hamzah | Pengukuhan nilai ringgit tidak jejas prestasi eksport negara -- Amir Hamzah | 24,761 calon menduduki UPKK 2025 catat keputusan cemerlang A dalam semua sembilan mata pelajaran - Zulkifli | Bekas ADUN Banting Fatimah Suhaimi, 84, meninggal dunia 4 pagi tadi kerana sakit tua - Anak | Komander AKPS Bukit Kayu Hitam selamat dalam kejadian tembakan berhampiran sempadan Malaysia-Thai - KP Kedah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives menyaksikan dagangan lebih tinggi pada sesi awal hari ini.

Pada 9.50 pagi ini, kontrak bulan semasa Mei 2025 naik 3.0 mata kepada 1,536.5, Jun 2025 menokok 1.5 mata kepada 1,534.5, September 2025 meraih 1.0 mata kepada 1,519.5 dan Disember 2025 menambah setengah mata kepada 1,525.5.

Jumlah dagangan sebanyak 4,307 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 40,059 kontrak.

FBM KLCI merosot 0.31 mata kepada 1,535.07 selepas 55 minit dagangan dijalankan berbanding 1,535.38 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA