BERITA TERKINI   Gempa bumi lemah berukuran 2.5 berlaku di Segamat pada 7.56 malam, gegaran dirasai sekitar Johor - MetMalaysia | Liga Super: Imigresen FC 0-3 JDT | RUU Pekerja Gig 2025 lulus, bukti komitmen Kerajaan MADANI pastikan pekerja Gig terima perlindungan sosial - TPM Ahmad Zahid | Nilai ambang persetujuan dalam RUU Pembaharuan Semula Bandar akan dipinda selepas ambil kira pandangan pelbagai pihak - Nga | Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 | 

Pasaran Getah Susut Susulan Kelemahan Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki pergerakan menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau. 

Seorang peniaga berkata ketidakpastian yang berterusan terhadap dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut menjejaskan sentimen pasaran.

Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh keuntungan dalam penanda aras harga minyak mentah selepas sentimen pasaran dirangsang oleh petunjuk kestabilan ekonomi global yang muncul selepas penangguhan tarif ke atas Kesatuan Eropah oleh AS," katanya kepada Bernama.

Selain itu, niaga hadapan getah Jepun menyaksikan penyusutan selepas menjejaki penurunan dalam niaga hadapan Shanghai, yang direncatkan oleh kebimbangan mengenai kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi China.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR20 merosot 15 sen kepada 725.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan sebanyak tiga sen kepada 624 sen sekilogram.

-- BERNAMA