BERITA TERKINI   Liga Super: JDT 7-0 PDRM FC | MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai asas yang lemah.

Pada penutupan dagangan, kontrak Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing rendah 19.5 mata kepada 1,533.50 dan 1,533.0, September 2025 susut 19 mata kepada 1,518.50 dan Disember 2025 berkurangan 20.5 mata kepada 1,525.00.

Jumlah dagangan menokok kepada 18,309 lot daripada 5,451 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 53,742 kontrak daripada 39,659 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 1.08 mata atau 0.07 peratus kepada 1,534.30 daripada 1,535.38 semasa ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA