BERITA TERKINI   Mengatasi isu pembaziran Air Tidak Terhasil (NRW) antara keutamaan kerajaan dalam RMK13 - PM Anwar | Bekalan air dan tenaga mencukupi jadi antara tarikan utama pelaburan semikonduktur, pusat data, AI ke Malaysia - PM Anwar | Cadangan pindaan Akta FINAS 1981 dijangka dibentang dalam sidang Parlimen akan datang - Fahmi | Platform RIUH X ASEAN 2025 rapatkan hubungan antara pemuzik tempatan dan antarabangsa sambil pupuk semangat ASEAN - Fahmi | CelcomDigi lantik Timbalan CEO Albern Murty sebagai Pemangku CEO mulai 1 Sept, 2025 selepas Datuk Idham Nawawi mengakhiri perkhidmatan pada 31 Ogos | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan aliran rendah dalam dagangan awal pada Selasa.

Pada 10 pagi, kontrak bulan semerta Mei 2025 susut 4.5 mata kepada 1,530.0, Jun 2025 berkurangan 3.0 mata kepada 1,528.50 dan September 2025 menyusut 5.0 mata kepada 1,512.0 manakala Disember 2025 tidak berubah pada 1,524.5.

Jumlah dagangan sebanyak 6,208 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 46,731 kontrak.

FBM KLCI susut 4.53 mata kepada 1,529.77 selepas 70 minit dagangan berbanding 1,534.30 semasa ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA