BERITA TERKINI   Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | Paramount Corporation beli tanah komersial pegangan bebas di Kuala Lumpur daripada IOI Properties dengan harga RM257.88 juta | Unit Solarvest raih kontrak EPCC untuk bangunkan projek LSS5+ di Padang Siding, Perlis bernilai RM89.5 juta | Piala Thomas 2026: Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, England dan Finland | Piala Uber 2026: Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada sesi penutup dagangan, kontrak Mei 2025 susut 6.5 mata kepada 1,527.0, Jun 2025 turun 9.0 mata kepada 1,524.0, September 2025 berkurangan 10.5 mata kepada 1,508.0 dan Disember 2025 jatuh 10 mata kepada 1,515.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 33,899 lot daripada 18,309 lot pada hari Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 73,526 kontrak daripada 53,742 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 8.14 mata atau 0.53 peratus kepada 1,526.16 daripada paras 1,534.30 pada Isnin.

-- BERNAMA