BERITA TERKINI   Sebahagian besar kandungan melibatkan penipuan dan judi dalam talian disebarkan menerusi Facebook - Fahmi | 91 peratus kandungan media sosial minta diturunkan adalah berkaitan scam dan judi dalam talian - Fahmi | Raja Permaisuri Agong sempurnakan penamaan, pelancaran Kapal Misi Pesisir TLDM, Tunku Laksamana Abdul Jalil di Istanbul hari ini | Permohonan Dana Pemangkin Generasi MADANI bernilai RM5 juta dibuka 1 hingga 30 Jun ini bagi sokong penghasilan kandungan kreatif - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif diniagakan lebih tinggi pada sesi awal hari ini.

Pada 10 pagi, kontrak bulan semasa Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing naik 1.5 mata kepada 1,528.5 dan 1,525.5.

Kontrak September 2025 pula menokok 2.5 mata kepada 1,510.5 manakala Disember 2025 naik 2.0 mata kepada 1,517.5.

Jumlah dagangan sebanyak 7,601 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 49,019 kontrak.

Sementara itu, FBM KLCI naik 3.02 mata kepada 1,529.18 selepas 70 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan Selasa pada 1,526.16.

-- BERNAMA