BERITA TERKINI   KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri | 

Niaga Hadapan Emas Melantun Semula Untuk Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi, melantun semula semula selepas dua hari mencatat penurunan berturut-turut menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Para pelabur mengambil pendekatan urus niaga yang berhati-hati, memanfaatkan kelemahan harga komoditi berharga itu baru-baru ini untuk membeli ketika harga rendah, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap emas.

Kontrak bulan semerta Mei 2025 meningkat kepada US$3,325.40 setiap auns troy daripada US$3,304.70 setiap auns troy pada Selasa, manakala kontrak Jun 2025 bertambah kepada US$3,339.20 setiap auns troy daripada US$3,318.00 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2025 melonjak kepada US$3,352.90 setiap auns troy daripada US$3,331.70 setiap auns troy sebelum ini.

 Jumlah dagangan menokok kepada 58 lot berbanding tujuh lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 102 kontrak berbanding 51 kontrak sebelum ini.

 Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 27 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,296.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA