BERITA TERKINI   153 laporan polis diterima setakat 3 petang berhubung kenyataan Puad Zarkashi - Ketua Polis Johor | Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Untuk Hari Kelima Berturut-turut

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari kelima berturut-turut hari ini, dipacu oleh pengukuhan harga minyak kacang soya.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen untuk komoditi itu turut dirangsang oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS, sekali gus menjadikan ia lebih menarik kepada pembeli asing.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,800 setan dan paras rintangan pada RM4,000 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat RM30 kepada RM3,929 setan, Julai 2025 naik RM34 kepada RM3,942 setan dan Ogos 2025 menokok RM33 kepada RM3,932 setan.

Kontrak September 2025 bertambah RM31 kepada RM3,921 setan, Oktober 2025 melonjak RM30 kepada RM3,919 setan dan November 2025 mengukuh RM27 kepada RM3,920 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 69,553 lot daripada 68,326 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 244,448 kontrak daripada 242,428 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan menokok RM40 kepada RM3,960 setan.

-- BERNAMA