BERITA TERKINI   Isu DAP desak tubuh RCI : Anwar sahkan telah bincang, kenyataan rasmi akan dikeluarkan | Manfaatkan baki Ramadan santuni masyarakat terpinggir - PM Anwar | Jadikan Ramadan kesempatan angkat martabat semua lapisan masyarakat dan ringankan beban golongan memerlukan - PM Anwar | Untung bersih Bank Islam susut kepada RM557.24 juta pada TK2025 daripada RM571.08 juta pada TK2024 | Sunway sedia kaji peluang tubuh hospital dan pusat penjagaan kesihatan di rantau ASEAN - Pengerusi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Sedikit

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini walaupun prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 naik 2.5 mata kepada 1,498.50, bulan baharu Julai 2025 berada pada 1,496.50, September 2025 menambah 0.5 mata kepada 1,479.50, dan Disember 2025 menokok satu mata kepada 1,484.50.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,931 lot daripada 17,268 lot pada Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 38,949 kontrak daripada 50,960 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 5.10 mata atau 0.33 peratus kepada 1,503.25 daripada 1,508.35 pada Jumaat minggu lepas.

Bursa Malaysia ditutup pada Isnin sempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

-- BERNAMA