BERITA TERKINI   Liga Super: Penang FC 2-1 DPMM FC |  54 kapal GSF kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai Gaza -- KP SNCC  | Kapal GSF dijangka memasuki zon berisiko tinggi malam ini, berpotensi berdepan pemintasan - KP SNCC | Pada 6 petang, ringgit turun kepada 3.9515/9580 berbanding dolar AS, daripada 3.9300/9330 ketika ditutup pada Khamis | Pengurusan fiskal yang bertanggungjawab membolehkan kerajaan mengurangkan dampak kenaikan harga bahan api global di samping terus menyokong perbelanjaan isi rumah dan pertumbuhan ekonomi - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini walaupun pasaran niaga hadapan getah serantau menyaksikan kenaikan momentum, kata seorang peniaga.

Peniaga tetap berhati-hati sambil memantau dialog perdagangan yang diperbaharui antara China dan Amerika Syarikat (AS) selain tanda-tanda China akan mengumumkan langkah-langkah rangsangan seterusnya. "Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh penanda aras minyak mentah yang agak lemah," katanya kepada Bernama.

Niaga hadapan getah Jepun telah mencecah para tertinggi seminggu pada Jumaat sebelum ini, didorong oleh harapan pengurangan ketegangan perang dagang antara AS dan China, tetapi kontrak itu menyaksikan kerugian mingguan yang agak sederhana di tengah-tengah tanda kelembapan dalam ekonomi AS.

Respons Presiden AS Donald Trump yang amat positif dalam panggilannya dengan Presiden China Xi Jinping mencetuskan keyakinan ke atas  perbincangan perdagangan yang diperbaharui antara Washington dan Beijing.

Pada 3 petang tadi, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 meningkat setengah sen kepada 691.0 sen sekilogram manakala lateks pukal berkurangan sebanyak 3.5 sen kepada 601.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA