BERITA TERKINI   SEANWFZ: China menyatakan kemahuan menandatangani 'without reservation' - Menteri Luar Mohamad | ASEAN hargai kesediaan Negara Senjata Nuklear menyokong Protokol SEANWFZ - Mohamad Hasan | ASEAN perlu bertindak secara kolektif untuk mewujudkan keadaan yang membolehkan Negara Senjata Nuklear meratifikasi SEANWFZ - Mohamad Hasan | 

UNIPAC Engineering Sasar Jadi Peneraju Sektor Pengujian Automotif

Oleh Mohd Noor Azeery Idris

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Penyedia solusi bagi industri automotif dan kejuruteraan, UNIPAC Engineering (M) Sdn Bhd menyasar menjadi pemain utama dalam sektor pengujian automotif tempatan dan di Asia Tenggara melalui pendekatan kejuruteraan menyeluruh serta pelaburan berterusan dalam teknologi pintar.

Pengurus Besarnya UNIPAC, pengujian automotif, servis kenderaan, teknologi pintar, Daryl Yap, korporat berkata kekuatan syarikat tersebut terletak pada kemampuannya menawarkan penyelesaian menyeluruh mengikut piawaian antarabangsa, daripada reka bentuk bengkel hinggalah ke pemilihan peralatan yang menyokong aspirasinya menjadi peneraju dalam industri tersebut.

“Kami bukan sekadar pembekal. Kami juga mempunyai pasukan pereka bentuk dalaman 2D dan 3D yang memberi saranan kepada pelanggan berdasarkan keperluan mereka.

“Pasukan kami boleh memenuhi keperluan sama ada untuk pemeriksaan kenderaan penumpang, kenderaan komersial, atau bagi menjadi pusat servis rasmi bagi pelbagai jenama automotif antarabangsa," katanya pada program ‘Bual Bisnes’ Bernama TV yang disiarkan pada Sabtu.

Menurut Yap, UNIPAC turut menjalinkan kerjasama dengan jenama teknologi terkemuka Jerman seperti Beissbarth GmbH, yang menghasilkan peralatan pengujian  dan servis moden dalam segmen premium untuk bengkel automotif dan pengeluar kereta, yang memenuhi piawaian industri terkini.

"Kami berkongsi perkembangan piawaian antarabangsa dan menyesuaikannya dengan standard Malaysia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE)," katanya.

Beliau berkata walaupun parameter ujian kenderaan seperti brek, lampu hadapan dan pelepasan asap tidak banyak berubah, UNIPAC menekankan kepentingan menaik taraf peralatan seiring dengan kemajuan perisian dan antaramuka moden berasaskan teknologi Industri 4.0.

Selain itu, UNIPAC juga mengembangkan teknologi dalam bidang pneumatik, hidraulik, pengendalian bahan, dan kejuruteraan awam, hasil daripada kepakaran menyeluruh dalam bidang kejuruteraan.

Menurutnya, setiap lima hingga sepuluh tahun penilaian semula terhadap jangka hayat dan keberkesanan peralatan sedia ada perlu dilakukan terutamanya bagi pusat pemeriksaan kenderaan yang menggunakan mesin berusia lebih 20 hingga 30 tahun.

Keperluan ini secara langsung menyokong kelangsungan perniagaan syarikat dalam menyediakan penyelesaian dan naik taraf peralatan secara berterusan, kata Yap.

-- BERNAMA