Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada sesi penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat 15 mata kepada 1,527.0, manakala Julai 2025 dan September 2025 menokok 14 mata masing-masing kepada 1,524.50 dan 1,506.0. Kontrak Disember 2025 naik13.5 mata kepada 1,511.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,799 lot daripada 4,889 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 43,722 kontrak daripada 40,297 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 1.88 mata, atau 0.12 peratus, kepada 1,519.99 daripada paras penutup 1,518.11 pada Jumaat minggu lepas.
-- BERNAMA